Amanah Takaful / Insurans adalah satu instrumen Perancangan Pusaka yang memberikan perlindungan kewangan yang menyeluruh kepada pasangan dan keluarga anda dengan memastikan pampasan takaful / insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima / benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful / Insurans.
RAKYAT TRUSTEE BERHAD (RTB) dilantik sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful / insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima / benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan / terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.