RAKYAT TRUSTEE BERHAD menyediakan perkhidmatan Penulisan, Penyimpanan dan Perlaksanaan Wasiat yang merupakan satu dokumen Undang-Undang secara bertulis yang menyatakan arahan, pelantikan Wasi (Pentadbir Wasiat serta bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian). Wasiat di RTB ditawarkan kepada Orang Islam dan Bukan Islam dengan harga yang mampu milik. Kami turut menyediakan penulisan wasiat secara asas (Melantik WASI) dan secara komprehensif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan dalam mendapatkan solusi perancangan harta yang lengkap menurut undang-undang yang dibenarkan.
Wasiat adalah Iqrar seseorang yang diperbuat
pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu
bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak,
selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor)
1999).
Untuk Bukan Islam, Wasiat adalah dokumen pengisytiharan yang membenarkan seseorang individu untuk
melantik Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah (termasuk Perjanjian Amanah) untuk
mentadbir dan mengagihkan harta dan asetnya kepada benefisiari setelah dia
meninggal dunia, dan tertakluk kepada Akta Wasiat 1959.
Wasiat ini akan berkuatkuasa selepas kematian. Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik iaitu RTB akan menjalankan
tanggungjawab mengikut bidang kuasa yang dibenarkan oleh undang-undang untuk
mendapatkan Surat Kuasa iaitu Geran Probet bagi Pentadbiran Pusaka yang
Berwasiat.
RTB juga akan melaksanakan Pentadbiran Pusaka simati bermula dengan
Pengesahan Aset dan hutang simati, mendapatkan Surat Kuasa, Penyelesaian Hutang
Piutang simati sehingga Pembahagian harta mengikut wasiat / hukum/akta.
Wasiat dibuktikan secara bertulis dan ditandatangan oleh Pewasiat serta Saksi yang sah. Sekiranya terdapat halangan dari segi dokumen dan keesahan, Wasiat tersebut akan memerlukan keterangan saksi. Keperluan Saksi tersebut adalah seperti di bawah :