Rakyat2U Staff Intranet Rakyat4U

MENGENAI KAMI

Pengenalan

Harta Pusaka yang tidak dituntut dan tidak diuruskan telah mencapai RM90 billion  dan malangnya 90% daripada jumlah itu adalah milik orang Islam khususnya melayu (Utusan Malaysia, 11hb Sep 2021) . Akibatnya harta-harta ini tidak dapat menjana ekonomi negara dan membebankan waris-waris simati yang tinggal. Isu kos dan fi yang mahal, tiada pengetahuan pusaka, prosedur pentadbiran pusaka yang rumit dan tiada kesefahaman di kalangan waris-waris antara punca utama proses pentadbiran pusaka simati tidak dapat dilaksanakan.
 
Oleh yang demikian kepentingan masyarakat pada hari ini menyediakan Perancangan Harta Pusaka diantaranya Hibah, Wasiat dan Amanah merupakan antara solusi utama yang dapat membantu dalam menyelesaikan isu utama ini. Justeru itu, Rakyat Trustee Berhad (RTB) telah ditubuhkan bagi menawarkan produk perkhidmatan peramanahan, perancangan dan pentadbiran harta pusaka secara profesional, efisyen serta mampu milik kepada masyarakat. RTB menawarkan nilai tambah di dalam produk & perkhidmatannya melalui penyediaan permohonan dan dokumentasi secara digital seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

RTB mewujudkan kepelbagaian saluran dalam memasarkan produk & perkhidmatan pewarisan ini kepada masyarakat melalui kolaberasi dengan dengan pelbagai agensi kerajaan serta swasta, institusi kewangan, koperasi dan korporat agensi. Kami juga turut membuka peluang perniagaan melalui jalinan kerjasama sebagai Rakan Niaga bagi menjana pendapatan serta membuka peluang kerjaya kepada masyarakat di dalam industri pewarisan ini.  

Rakyat Trustee Berhad..

RAKYAT TRUSTEE BERHAD (202201016445 (1462142-U)) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat Amanah 1949. Perniagaan utamanya menawarkan produk & perkhidmatan Wasiat, Pentadbiran Pusaka, Hibah dan Amanah. Dengan menggunakan tagline “Kami Pelindung Legasi Anda, Digital Amanah Yang Dipercayai” terus bergerak pantas seiring dengan perkembangan teknologi dan kami merupakan Syarikat Amanah yang pertama menawarkan produk & perkhidmatan secara digital sepenuhnya kepada pelanggan kami melalui dokumentasi Amanah yang disediakan.

Visi

Menjadi Syarikat Amanah utama yang menawarkan Produk & Perkhidmatan secara Digital sepenuhnya.

Misi

Menjadi Syarikat Amanah yang Efisien,  Profesional dan penawaran perkhidmatan mampu milik kepada masyarakat.

Harga Mampu Milik

Harga produk & perkhidmatan ditawarkan mampu milik khusus kepada golongan B40 serendah RM10 serta kaedah bayaran yang mudah.

Teknologi Digital

Penjualan dan pemasaran produk melalui teknologi digital/atas talian yang lebih pantas dan mesra pelanggan.

Sokongan Perniagaan

Menawarkan khidmat sokongan perniagaan melalui latihan, kempen dan hebahan melalui media sosial serta media arus perdana.

Pusat Sehenti(1 Stop Centre)

Penulisan, penyimpanan & perlaksanaan Wasiat di RTB serta menawarkan produk-produk pewarisan yang memberi solusi perwarisan kepada masyarakat.

Berpengalaman & Efisyen

Ditadbir urus oleh pegawai yang professional serta berpengalaman luas di dalam industri peramanahan, pewarisan dan kewangan.

KEKUATAN
RAKYAT TRUSTEE BERHAD