Taklimat Bersama ketua Agensi dan Agen-Agen dari cawangan Arau, Perlis telah diadakan pada 11 Oktober 2023 berkenaan produk pewarisan harta pusaka dan pelaksanaan wasiat.
Majlis Perasmian dan Penyerahan Memorandum Perjanjian (MOA) dan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Rakyat Trustee Berhad Bersama Koperasi-Koperasi dan Rakan Strategik – Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah diadakan di Sime Darby Convention Centre pada 6 Oktober 2023 (Jumaat) dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Usahawan dan Koperasi.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat hadir khususnya Dif-Dif Kehormat, Rakan Strategik, Rakyat Agensi dan diraikan penerima MOA & MOU semua.
Seminar Koperasi Kredit Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis – Pada 27 September 2023 (Rabu) telah berlansung Program bersama SKM negeri Perlis. Terima kasih atas jemputam daripada SKM Negeri Perlis untuk sesi taklimat oleh Rakyat Trustee Berhad pada program tersebut. Kehadiran melebihi 50 orang yang terdiri daripada Ahli Lembaga, Pengurusan dan Ahli-Ahli Koperasi SKM.
18 September 2023, Isnin – Telah berlangsung Majlis Penyerahan MOU & Career & Lifelong Learning Education Fair 2023 yang telah diadakan di Management and Science University (MSU) dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajib (Pengerusi & Presiden MSU). Program ini berlangsung selama 2 hari pada 18 – 19 September 2023 (Isnin – Selasa). Career Fair 2023 ini melibatkan 50 Syarikat korporat, institusi kewangan, agensi kerajaan dan agensi swasta. Majlis penyerahan MOU antara RTB dan MSU ini diadakan bertujuan menyediakan penyelidikan industri kerjaya, penempatan Latihan Industri, Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) dan peluang kerjaya sebagai Rakyat Konsultan dan Rakyat Agensi untuk bakal graduan dan Alumni MSU.
UCAPAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA BOD RAKYAT TRUSTEE & AHLI PANEL SYARIAH UNTUK MEMJAYAKAN VIDEO PROGRAM RAYA BERSAMA SAMA RAKYAT TRUSTEE BERHAD.
Penyerahan Memorundum Persefahaman (MoU) di antara Rakyat Trustee Berhad (RTB) dan FedKew telah diadakan di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 29.11.2022 dan disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif SKM , YBhg. Dato Hj. Zazali Haron. RTB diwakili Pengerusi Eksekutif, Tuan Haji Mohd Dzarfan Khalid dan Pengarah Urusan RTB, En. Faudzi Mt Din. Kerjasama ini akan memasarkan produk & perkhidmatan pewarisan dan peramanahan kepada koperasi-koperasi di bawah sektor kewangan melalui FEDKEW.