Rakyat2U Staff Intranet Rakyat4U

DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN

Deklarasi Harta Sepencarian ialah dokumentasi Perancangan Pusaka untuk Harta Sepencarian iaitu harta yang dimiliki atau diperolehi secara bersama di dalam tempoh perkahwinan dengan usaha secara lansung atau tidak lansung.

KELEBIHAN PRODUK

Pembahagian dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sepertimana persetujuan di dalam
Deklarasi Harta Sepencarian tertakluk kepada Pengesahan Harta Sepencarian di Mahkamah
Syariah kelak

Dapat melindungi Hak Suami dan / atau Isteri melalui penyediaan dokumentasi yang lengkap ini.

Dapat mempercepatkan proses pembahagian pusaka kelak sewaktu perlaksanaan Pentadbiran Pusaka.

Dapat menjimatkan kos dan masa dengan penyediaan dokumentasi Harta Sepencarian yang lengkap.

Dapat menghindarkan Pertelingkahan dan Pertikaian sesama pasangan.

SASARAN PELANGGAN

Pasangan suami / isteri yang sah.

Pasangan suami / isteri yang berpoligami

Pasangan suami / isteri mempunyai milikan harta bersama atau usaha bersama; dan

Pasangan suami / isteri yang berhasrat menyediakan perancangan pusaka.

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur 18 tahun ke atas; dan
  • Pasangan suami atau isteri yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dan berdaftar di Malaysia.
DAFTARLAH DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ANDA SEGERA BERSAMA RTB