Rakyat2U Staff Intranet Rakyat4U

PENASIHAT

TAN SRI DR. MOHD DAUD BAKAR

Penasihat

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Salah satu syarikat utamanya, Amanie Advisors, beroperasi di beberapa bandar di seluruh dunia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, The First Abu Dhabi Bank (UAE), dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). 

Beliau juga adalah Ahli Lembaga Syariah pelbagai Institusi Kewangan Antarabangsa, termasuk National Bank Of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Bank Of London And Middle East (London), BNP Paribas Najma (Bahrain), Natixis Bank (Dubai), Morgan Stanley (Dubai), Sedco Capital Saudi And Luxembourg) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). 

Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP). Di dalam dunia korporat, Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB. Beliau juga merupakan Pengasas Bersama Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB Sdn Bhd. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Berry Pay Sdn Bhd, Data Sukan Consulting Sdn Bhd, Bio Fluid Sdn Bhd, KAB Gold Dynamics Sdn Bhd, Bio-Angle Vacs Sdn Bhd, Tulus Digital Sdn Bhd, Dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Lembaga Pengarah di Sime Darby Property Berhad, Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8. 

Pada 2014, beliau menerima anugerah “Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 1435 Hijrah/2014” daripada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah/2014 Peringkat Kebangsaan. Di bawah kepimpinannya, Amanie Advisors menerima “Islamic Economy Knowledge Infrastructure Award" di Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global, Dubai 2015 oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai pada Okt 2015. Pada 13 November 2021, beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran “Tan Sri”. Beliau juga telah dikurniakan Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022 oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong pada 4 November 2022.

Beliau berkululusan Ijazah Pertama dalam Syariah dari Universiti Kuwait pada tahun 1988 dan mendapat PhD dari Universiti St. Andrews, United Kingdom pada tahun 1993. Pada tahun 2002, Beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Luaran di Universiti Malaya.