Rakyat2U Staff Intranet Rakyat4U

LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah

DATO HJ ZAZALI HARON

Pengerusi

Berpengalaman dan berkepakaran dalam Sektor Koperasi khususnya dalam penubuhan, undang-undang, kewangan dan pengurusan koperasi selama 37 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengerusi Eksekutif Surahanjaya Koperasi Malaysia. Banyak terlibat dengan kolokium di dalam dan luar negara di antaranya Sepanyol, Nepal, India dan lain-lain. Aktif di dalam khidmat masyarakat di antaranya sebagai Timbalan Pengerusi PIBG dan ahli majlis beberapa NGO dan persatuan. Mempunyai kelulusan Master of Trade and Development, Eastern Michigan University (1997) dan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (1985).

HAJI KHALILI BUYONG

Pengarah

Berpengalaman secara profesional dalam kewangan dan perbankan lebih 35 tahun khusus dalam sektor bank, koperasi, perniagaan perkhidmatan wang dan audit dalaman. Pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia sejak 1983 di pelbagai jabatan selama ​30 tahun. Telah di pinjamkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) pada 2011-2012 dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang menubuhkan SKM dan mengubah audit berdasarkan Jabatan Audit Negara Bank Negara Malaysia. Operasionalisasi Akta Perkhidmatan Wang yang baru 2011 dari segi memulihkan Pengubahan Wang dan Syarikat Kiriman Wang. Pernah juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Risiko(2015-2019) di CoopBank Pertama(CBP). Mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada September 1990.

FAUDZI MT DIN

Pengarah

Lebih 20 tahun pengalaman dalam perbankan, pengurusan dan perkhidmatan pewarisan. Pernah berkhidmat di beberapa Bank Pelaburan selain terlibat dalam pelbagai jabatan seperti unit Pemulihan Hutang, Kawalan Kredit, Audit Dalaman dan Penyelesaian Kredit. Pernah menyertai Amanah Raya Trustee Berhad sebagai Ketua Jabatan sebelum menyertai MyAngkasa Amanah Berhad(2014-2022) dan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Berkelulusan dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pemasaran(Kepujian) dari Universiti Putra Malaysia(UPM).

AHMAD SAHRUL MOHAMAD

Pengarah

Berpengalaman hampir 17 tahun dalam operasi pentadbiran pusaka dan perancangan pewarisan. Pernah berkhidmat di Amanah Raya Berhad sebagai Eksekutif Kanan selama 9 tahun dan di MyAngkasa Amanah Berhad selama 8 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.

Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam(Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara(UiTM).

Merupakan Penceramah dan Pengajar bagi Agensi Kerajaan/Swasta, IBFIM, MediaMassa, Insititusi Pengajian Tinggi(IPTA) dan Orang Awam yang khusus dalam hal pengurusan pusaka dan perancangan pewarisan.