Rakyat2U Staff Intranet Rakyat4U

PENGURUSAN KANAN

FAUDZI MT DIN

Pengarah Urusan

Lebih 20 tahun pengalaman dalam perbankan, pengurusan dan perkhidmatan pewarisan. Pernah berkhidmat di beberapa Bank Pelaburan selain terlibat dalam pelbagai jabatan seperti unit Pemulihan Hutang, Kawalan Kredit, Audit Dalaman dan Penyelesaian Kredit. Pernah menyertai Amanah Raya Trustee Berhad sebagai Ketua Jabatan sebelum menyertai MyAngkasa Amanah Berhad(2014-2022) dan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Berkelulusan dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pemasaran(Kepujian) dari Universiti Putra Malaysia(UPM).

AHMAD SAHRUL MOHAMAD

Ketua Pegawai Operasi

Berpengalaman hampir 17 tahun dalam operasi pentadbiran pusaka dan perancangan pewarisan. Pernah berkhidmat di Amanah Raya Berhad sebagai Eksekutif Kanan selama 9 tahun dan di MyAngkasa Amanah Berhad selama 8 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.

Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam(Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara(UiTM).

Merupakan Penceramah dan Pengajar bagi Agensi Kerajaan/Swasta, IBFIM, Media Massa, Insititusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Orang Awam yang khusus dalam hal pengurusan pusaka dan perancangan pewarisan.

SAIDAH AZIMAH MD JANI

Pengurus Besar

Berpengalaman dalam perbankan korporat dan pewarisan selama 15 tahun. Pernah berkhidmat di RHB Bank Berhad sebagai Eksekutif Bank dan Pegawai Perhubungan bahagian perbankan korporat sejak 2008 hingga 2011 sebelum melanjutkan pelajaran keperingkat Sarjana. Berkhidmat di MYANGKASA AMANAH BERHAD hampir 8 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Kanan Kewangan dan Pentadbiran.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan(Kepujian) dari Universiti Tenaga Nasional(UNITEN).

MOHD NAJIB BUSRA

Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan

Berpengalaman dalam industri Insurans, Takaful dan Saham Amanah selama 16 tahun dalam jualan dan
pembangunan agensi. Pernah mengetuai dan mentadbir agensi sehingga mendapat gelaran Million Dollar Agency sehingga 2018 dan kemudian berkhidmat di MyAngkasa Emas Medicare dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jualan dan Pemasaran.Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa.

NOR HAFIDAH BONIRAN

Pengurus Operasi

Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan dan perbankan. Pernah berkhidmat di CIMB Bank Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan sejak 2021 hingga 2023. Berpengalaman dalam bidang pelaburan Unit Amanah, Takaful dan perkhidmatan perwarisan (2017– 2020).Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pemasaran (Kepujian) dari Open Universiti Malaysia (OUM).

NOOR HASLINDA HAMDAN

Pengurus Pembangunan Perniagaan

Berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang customer services dalam industri Insurans, Takaful
dan Investment insurance. Berkhidmat di MyAngkasa Emas Medicare dengan jawatan terakhir
sebagai Ketua Jualan dan Pemasaran.