Rakyat2U Staff Intranet Rakyat4U

HIBAH

Apakah Hibah?

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian, sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. 

Hibah pada istilah syarak adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (‘iwad)

Apakah dalil Pensyariatan Hibah?

Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam.
Dalil Al- Quran :- 
Firman Allah SWT:

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

Al-Hadis :- Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

Apakah rukun Hibah?

Penghibah
  • Individu yang beragama Islam, seorang dewasa yang berakal, telah mencapai akil baligh dan golongan rushd
  • Pemilik dan pemunya harta dihibahkan dan mempunyai kuasa penuh ke atasnya bagi membolehkan ia menentukan jumlah yang hendak diberikan sebagai Hibah dan siapa penerima yang terpilih.
  • Tidak muflis.  
  • Has a connection between Ijab and Qabul;
  • Not subject to certain conditions;
  • Not subject to a specific period
Penerima Hibah
  • Individu yang beragama Islam atau bukan Islam serta mempunyai keupayaan memiliki harta hibah tersebut sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.
  • Penerima juga mampu menerima aset yang diberikan dalan melaksanakan kuasa memindahkan aset Hibah kepadanya. Sekiranya Penerima Hibah bukan mukallaf (anak di bawah umur/tidak berkeupayaan menerima harta) maka penerimaan harta hibah tersebut dibuat dengan melantik samada Pemegang Amanah/ Penjaga harta/ Wali Mal bagi pihaknya.  
  • Has a connection between Ijab and Qabul;
  • Not subject to certain conditions;
  • Not subject to a specific period
Harta Hibah
  • Jika harta hibah Hartanah dibenarkan yang bebas gadaian atau masih mempunyai gadaian (hutang)
  • Harta yang Halal (mengikut undang-undang Syariah) dan mempunyai nilai di sisi syarak
  • Boleh dipindahmilik dan dimiliki.
  • Harta yang wujud ketika hibah dilaksanakan dan dikuatkuasa serta merta.    
  • Has a connection between Ijab and Qabul;
  • Not subject to certain conditions;
  • Not subject to a specific period
Sighah(Lafaz Akaq Hibah, Ijab dan Qabul)
  • Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
  • Mempunyai hubungan antara Ijab dan Qabul;
  • Tidak tertakluk kepada syarat tertentu;
  • Tidak tertakluk kepada tempoh tertentu

BOLEHKAN PENGHIBAH MENGHIBAHKAN HARTANYA SEMASA MARAD AL-MAUT?

Penghibah yang menghibahkan hartanya dalam keadaan MARAD AL-MAUT iaitu keadaan di mana Penghibah dalam keadaan sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya hendaklah tidak melebihi daripada satu pertiga hartanya kepada BUKAN WARIS dan tidak boleh dihibahkan kepada waris. Oleh yang demikian, hukum wasiat adalah terpakai di dalam keadaan tersebut. Jika dihibahkan kepada  ahli waris sama ada kurang atau melebihi satu pertiga, maka hibah tersebut tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain untuk perlaksanaanya.

ADAKAH HIBAH BOLEH DIBATALKAN ATAU DITARIK BALIK?

Sesuatu proses hibah yang telah sempurna rukunnya akan terus berkuatkuasa serta-merta dan tidak boleh ditarik balik. Walaubagaimanapun Hibah yang boleh ditarik balik adalah hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selagi mana harta tersebut tidak ada kaitan dengan orang lain.  

RAKYAT TRUSTEE BERHAD menawarkan perkhidmatan Hibah yang memenuhi solusi dan kehendak pelanggan di dalam perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka iaitu:- 

Hibah Hartanah
  • Harta yang dihibahkan melalui produk Hibah Hartanah ini merujuk kepada hartanah iaitu tanah atau rumah.
  • Produk ini membenarkan Hartanah mempunyai gadaian dan tiada gadaian untuk dihibahkan. 
Hibah Tunai
  • Menawarkan perkhidmatan Hibah Tunai kepada Penerima Hibah samada waris atau bukan waris.
  • Hibah tersebut akan berkuatkuasa serta merta dan wang tunai ini akan disimpan di dalam akaun Amanah di RTB.  
Hibah Saham Koperasi
  • Hibah yang ditawarkan oleh RTB adalah Saham Koperasi yang akan menggantikan konsep penamaan (konvesional) yang digunapakai selama ini.
  • Perkhidmatan ini akan memerlukan jalinan Kerjasama khusus dengan koperasi yang berkaitan agar perlaksanaan perkhidmatan ini selari dengan Undang-Undang Kecil koperasi berkenaan.  
DAFTARLAH HIBAH ANDA SEGERA
BERSAMA RTB